...INGIN KU LAGUKAN SEINDAH SYAIR...

Saya,Dia dan Mereka  

Monday, December 15, 2008

Aku tak pernah derhaka

Yang terjadi adalah bala

Diturunkan Tuhan kerana dosa

meredah maya yang telah dicipta

Mungkinkah…

mungkinkah ada hikmahnya

Tuhan jua yang Maha Kaya

Ditunjukkan kepada dunia

Siapa saya

Siapa dia dan siapa mereka

Walau tak ku tahu kenapa

Dimana lagi khilafnya

Namun…yang pasti

Kejujuran sering disalah ertikan

AddThis Social Bookmark Button


BICARA  

Thursday, September 18, 2008

Bicara

Beberapa purnama berlalu

Aku masih terkelu

Kerna…

Bicara bisa masih ada

Entah kenapa

Masih belum reda

Atau mungkin…

masih terluka agaknya

Terkadang…

Hati amat terasa

Kerna…

kudrat ku telah tiada

juga…

masih belum ku mampu berkata

menepis kata nista

Masih terdengar kata menghina

Namun…

Aku masih mampu terima

“Tak apa lah…biarkan saja”

Mereka masih muda

Masih belum merasa

Erti hidup sebenar

“Lupakan lah…mungkin juga salah saya”

Kerna terlalu alfa…

Pada bicara kata

yang…

Sering buat saya terleka

“maafkanlah saja… itu semua cerita lama”

Kerna aku telah dewasa

Bisa mampu menahan rasa

Hidup ibarat roda dunia

Tiada guna sambung sengketa

Menambah retak yang sedia ada

Biarlah…biarlah…

aku terima…

walau tanpa rela

kerna…

Jauh disudut hati

Aku amat terasa…

Ibarat lautan tiada bertepi

Tiada terungkap sesalnya diri

Sudah suratan jadi begini

biar ku pujuk hati sendiri

harap tidak berulang lagi…

hayat

18hb Sept,2008

@1610hrs

AddThis Social Bookmark Button


ERTI KEMERDEKAAN  

Sunday, August 31, 2008

Dan jatuhnya hanya beberapa hari
lalu terbelenggu 400 tahun
suatu tempoh yang amat payah dan panjang
pengabdian dan kehilangan yakin diri
43 tahun kita berdiri menebus maruah
merdeka mentafsir diri sendiri dan bangga pada apa yang ada
masih mahukan harga itu diperjudikan?

Kita tidak akan mempertaruhkan nasib itu
di tangan kita masih panas
keringat, tulang belulang dan tenaga fikir
menghayun langkah membina wawasan
waspada harimau di matahari terbenam
tidak akan hilang belangnya
mengisytiharkan dirinya yam tuan tunggal sejagat
yang lemah longlai
yang gagah gergasi
akan meruntuhkan segala sempadan rimba
atas nama membina perkampungan dunia
mahukah kita biarkan
mereka menginjak-injak dan menghancurkan taman kecil permai ini?

Rimba tanpa sempadan
atas nama “kebaikan” menyelinap menusuk matafikir
hidupan dunia ketiga terpaku takjub dengan slogan
‘kasih alam
ketelusan hukum
keadilan timbangan
kesatuan warga dunia
kebebasan mutlak’
lalu beraraklah anak-anak bumi ini meraikan kesatuan alam
dengan sorak sorai
‘runtuhkan sempadan!
runtuhkan sempadan!
runtuhkan korupsi
runtuhkan kolisi’

dan di belakang mereka tidak melihat
bayang-bayang belenggu halimunan
yang lebih ganas daripada segala yang ganas
kita pun akan kehilangan harga dan erti diri
mengapa diundang mereka
dan mereka tiba-tiba berada di depan pintu rumah kita?
Kita telah bangun dengan segala kepayahan
membuka belantara dan mempertahankan warisan
kita tafsir merdeka mengikut acuan sendiri
merdeka kita dengan fikiran
dan kita pertahankannya dengan fikiran
dunia sudah melihat kita
dunia sudah menghormati kita
Timur dan Selatan mengharapkan kita
mereka datang berbondong-bondong mencari bumi ini
perlindungan dan erti hidup
mengapa kita sendiri masih belum mahu melihat
dengan tangan masih terbelenggu ke belakang
dan hanya sesekali menjulangnya
mengikut rentak genderang dunia matahari terbenam?
Bijak pandai pernah berpesan
‘mereka yang tidak belajar dari sejarah mereka didera
dengan mengulangi kesalahan-kesalahan mereka berkali-kali’
sejarah mengajar kita betapa kukuh sesuatu bangsa
akan tetap kecundang bila ditikam dari belakang
mengapa kita mula halalkan sejarah hitam berulang?

Nasib kita genggam
dengan tangan sendiri dan segala kudrat kurniaan
kita jalin kekuatan sulaman kasih bangsa
kita didihkan dia dengan tradisi semangat juang
maruah bangsa kita julang ke mercu alam
kita bangunkan suatu tamadun cinta damai
di sini kita ajar anak-anak kita erti sayang
di sini kita tawarkan dunia menaja kemanusiaan
dan bukan alat peperangan
dunia belajar erti merdeka sejati
mempelajari dan menerima segala perbezaan
merdeka menafsir hidup tanpa paksaan kuasa

Di sini kita yakin segalanya boleh
Di sini kita yakin segalanya boleh
Itulah erti kemerdekaan

Perjuangan ini mesti diteruskan.

~ Tun Mahathir Mohamad

AddThis Social Bookmark Button


BEING A NURSE MEANS....  

Sunday, August 10, 2008

Being a NURSE means...

You will never be bored.
You will always be frustrated.
You will be surrounded by challenges.
So much to do and so little time.
You will carry immense responsibility
and very little authority.
You will step into people's lives
and you will make a difference.
Some will bless you.
Some will curse you.
You will see people at their worst...
and at their best.
You will never cease to be amazed
at people's capacity for
love, courage, and endurance.
You will see life begin...and end.
You will experience resounding triumphs
And devastating failures.
You will cry a lot.
You will laugh a lot.
You will know what it is to be human
and to be humane.


Melodie Chenevert


AddThis Social Bookmark Button


AKU...  

Thursday, June 19, 2008


Jantung hamper terhenti

Hanya menunggu mati

Tiada alasan lagi

Mungkin sudah masanya untuk pergi

Terkilan rasanya dalam hati

Hidup harus jadi begini

Namun nasib ditentu Illahi

Telah ditakdirkan sejak azali

Hanya redha menunggu diadili

Mengharap doa jika ku pergi

AddThis Social Bookmark Button


...ermm...  

Wednesday, June 4, 2008


Pintu tertutup rapat
Tali tersimpul erat
Cahaya tidak terlihat
Bersuluh jalan hampir ku tersesat
Namun
Masih tidak ku dapat
Berteduh menghilang penat

hayat_11

AddThis Social Bookmark Button


Hasrat Tak Terucap  

Monday, May 26, 2008



Saya ingin menulis lagi
segala yang tersirat
namun yang tersurat
tidak mampu ku catat
pena terhenti
kerna angin dingin
membawa pergi
kata yang terungkap
dan madah yang terucap

Aku ingin menulis lagi
namun hasrat tak sampai
tiada ruang yang pasti
'keindahan' disini semakin sepi
teman telah pergi
mungkin tidak kembali lagi
tanpa ku tahu sebabnya
tapi yang pasti
aku meredhai
segala yang terjadi
mungkin ada sesuatu
disebaliknya nanti
yang tidak ku ketahui

Aku ingin menulis lagi
segala hasrat hati
yang membungkam selama ini
tapi ruang itu telah tiada lagi
telah dibawa pergi
bersama derasnya angin semalam
disaksikan bulan
dan dingin malam yang suram
lantas aku
bersimpuh disitu
mencari kata yang tidak terungkap
meratap pilu bersama kenangan
dan kehilangan
sebuah DIARI
yang selama ini ku simpan
diruang hati

tersentuh aku dalam khayalan
menghitung detik waktu
yang masih tersisa
untuk ku hela nafas ini
yang memungkinkan
aku bisa menulis lagi
dengan kerelaan diri
dan hayat ini
sebagai pengganti

hayat_11
Bahrain_02Feb2008

AddThis Social Bookmark Button


PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI  

Sunday, May 18, 2008


Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayatkan
dari melihat bangsaku dijajah
Tidak ada yang lebih menyedihkan
dari membiarkan bangsaku dihina

Air mata tiada ertinya
sejarah silam tiada maknanya
sekiranya bangsa tercinta terpinggir
dipersenda dan dilupakan

Bukan kecil langkah wira bangsa
para pejuang kemerdekaan
bagi menegakkan kemuliaan
dan darjat bangsa
selangkah beerti mara
mengharung sejuta dugaan

Biarkan bertatih
asalkan langkah itu yakin dan cermat
bagi memastikan negara
merdeka dan bangsa terpelihara
air mata sengsara
mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita

Tugas kita bukan kecil
kerana mengisi kemrdekaan
rupanya lebih sukar dari bermandi
keringat dan darah menuntutnya

Lagi pula apalah ertinya kemerdekaan
kalau bangsaku asyik mengia dan menidakkan,
mengangguk dan membenarkan,
kerana sekalipun bangganya negara
kerana makmur dan mewahnya,
bangsaku masih melata
dan meminta-minta di negaranya sendiri

Bukan kecil tugas kita
meneruskan perjuangan kemerdekaan kita
kerana rupanya selain memerdekakan,
mengisi kemerdekaan itu jauh lebih sengsara

Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya
bukankah sejak zaman berzaman
mereka menjadi pelaut, pengembara
malah penakluk terkemuka?
Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap,
menjadi pedagang dan peniaga

selain menjadi ulama dan
ilmuan terbilang?
Bukankah bangsaku pernah mengharung
samudera menjajah dunia yang tak dikenal
Bukankah mereka pernah menjadi
wira serantau yang tidak mengenal
erti takut dan kematian?
Di manakah silapnya hingga bangsaku
berasa begitu kecil dan rendah diri?
Apakah angkara penjajah?
Lalu bangsaku mulai
melupakan kegemilangan silam
dan sejarah gemilang membina empayar

Tugas kita belum selesai rupanya
bagi memartabat dan
memuliakan bangsa
kerana hanya bangsa yang berjaya
akan sentiasa dihormati

Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita
bukan sekadar memerdeka dan mengisinya
tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan
buat selama-lamanya

Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku
kerana masa depan belum tentu
menjanjikan syurga
bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa

Perjuangan kita belum selesai
kerana hanya yang cekal dan tabah
dapat membina mercu tanda
bangsanya yang berjaya

Dr. Mahathir Mohamad
Mei 1996



AddThis Social Bookmark Button


MELAYU  

Tuesday, May 13, 2008

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.

Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak.

Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu, Minangkabau
memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua'alaf bertakrif Melayu
(Setelah disunat anunya itu)

Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan

Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara

Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
tanah sebidang mudah terjual

Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi

Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan

Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selagi yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
"Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran"

Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan.

Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka


OLEH:DATO' USMAN AWANG

AddThis Social Bookmark Button


DUNIA KU  

Monday, May 12, 2008

Rasa cinta ajaib nikmatnya
Hanya nasib menentukan hidup
Nampak riang tetapi gelisah
Dunia ku
Aku tahu indah alam maya
Merah hijau meliputi bumi
Langit biru tempat ku berlindung
Duniaku

Dimanakah dosa hamba
Betapa begini
Gelap gelita jadinya
Alam nyata
Ku hidup tidak berteman
Mungkin selamanya
Keindahan itu bukan
Milik daku

Tiap detik ku duduk berdoa
Moga Esa mencurah kurnia
Hilang lenyap gelap yang menutup
Dimanakah dosa hamba betapa begini
Gelap gelita jadinya alam nyata
Ku hidup tidak berteman
Mungkin selamanya
keindahan itu bukan
Milik daku

Nyanyian S.Ahmad...

AddThis Social Bookmark Button


Wanita  

Saturday, May 3, 2008

ALLAH s.w.t berfirman, "Ketika Aku menciptakan wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia, namun harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."

AddThis Social Bookmark Button


Cantik  

Wednesday, April 30, 2008


Sabda Rasulullah s.a.w, "Carilah penampilan yang paling cantik supaya orang melihat Islam itu indah dan supaya kamu menjadi tanda dalam masyarakat."

AddThis Social Bookmark Button


Persahabatan~Khalil Gibran  

Dan seorang remaja berkata, Bicaralah pada kami tentang Persahabatan.

Dan dia menjawab:
Sahabat adalah keperluan jiwa, yang mesti dipenuhi.
Dialah ladang hati, yang kau taburi dengan kasih dan kau tuai dengan penuh rasa terima kasih.
Dan dia pulalah naungan dan pendianganmu.
Kerana kau menghampirinya saat hati lupa dan mencarinya saat jiwa mahu kedamaian.

Bila dia berbicara, mengungkapkan fikirannya, kau tiada takut membisikkan kata “Tidak” di kalbumu sendiri, pun tiada kau menyembunyikan kata “Ya”.
Dan bilamana dia diam,hatimu berhenti dari mendengar hatinya; kerana tanpa ungkapan kata, dalam persahabatan, segala fikiran, hasrat, dan keinginan dilahirkan bersama dan dikongsi, dengan kegembiraan tiada terkirakan.
Di kala berpisah dengan sahabat, tiadalah kau berdukacita;
Kerana yang paling kau kasihi dalam dirinya, mungkin kau nampak lebih jelas dalam ketiadaannya, bagai sebuah gunung bagi seorang pendaki, nampak lebih agung daripada tanah ngarai dataran.

Dan tiada maksud lain dari persahabatan kecuali saling memperkaya roh kejiwaan.
Kerana cinta yang mencari sesuatu di luar jangkauan misterinya, bukanlah cinta , tetapi sebuah jala yang ditebarkan: hanya menangkap yang tiada diharapkan.

Dan persembahkanlah yang terindah bagi sahabatmu.
Jika dia harus tahu musim surutmu, biarlah dia mengenali pula musim pasangmu.
Gerangan apa sahabat itu jika kau sentiasa mencarinya, untuk sekadar bersama dalam membunuh waktu?
Carilah ia untuk bersama menghidupkan sang waktu!
Kerana dialah yang bisa mengisi kekuranganmu, bukan mengisi kekosonganmu.
Dan dalam manisnya persahabatan, biarkanlah ada tawa ria dan berkongsi kegembiraan..
Kerana dalam titisan kecil embun pagi, hati manusia menemui fajar dan ghairah segar kehidupan.

~ Khalil Gibran

AddThis Social Bookmark Button


DEAR NURSES  

Monday, April 28, 2008

"IN ADVANCE"
FOR THE NURSES DAY...on 12 MAY 2008...I WISH TO SAY...


Friends...
Our job is not easy
We start at 0700
And shift end at 1900
But yet the work doesn't end
Responsibility never stop
Start shift at 1900 for nite
End shift the next morning
People are sleeping
But we are running
For life saving
But...no one see
No one care

Friends
While at work...ward is alway busy
We're always hungry and thirsty
But time is short
Stomach making sound
Giking some signal
But yet...
huhu...food time unavailable
Coz' bedpan and urinal
Was given priority
But our bladder never being emptied

Friends...
We sacrifice a lot
We cried often
and yet we still able to continue
To smile
To give care to our patient
Hence' its sickening

Friends...
Being scolded by doctors
We feel sad
Having complain by relatives
We get upset
Though it was not our fault
Neither mistake
No one appreciate
With what we did
And yet...we're able to manage
To comfort our feeling
Though...it's hurting

Friends...
We always have to be patient
ALWAYS!!!
Although...tears drop
Feeling hurt
Giving sponging and backcare is tiring
Cleaning vomit,PU,BO,sputum and blood is...yeahkk
Infectious cases is threatening
It's really very...uhh...what I would say
No words to describe
But by end of the day
We feel greateful
We did something good for the sick
May God will bless to all of us
TO ALL THE NURSES





AddThis Social Bookmark Button


Pencarian  

Monday, April 21, 2008

Pencarian itu tidakkan ku kenali
tak kala sumbang rentaknya tari
mengikut irama alunan bunyi
terkapar hanyut mencari mencari
lemas dilautan tangisan sendiri

Pencarian itu tiadakan ku ketahui
bilamana hanya bicara bisu yang ku dengari
ungkapan madah tiadakan ku fahami
bagai panah menikam hati
namun tetap aku menanti

Pencarian itu tiadakan terungkai
tika tiada yang sudi membuka bicara
menghambur kata nista menambah cerita
hanya mainan kata madah pujangga gemersik suara
kelu lidah memendam rahsia

Pencarian itu tiadakan terbela
mungkinkah sampai bila bila
menjadi bahan cerita si penglipurlara
berbicara tanpa suara
atau ianya hanya sia sia
hingga tikanya aku menutup mata

AddThis Social Bookmark Button


Waktunya  

Friday, April 18, 2008

Tiba waktunya saat ini
Mengatur langkah kaki
Aku melangkah pergi
Meninggalkan jejak diri
Dari daerah sepi ini
Mungkin tiadakan kembali
Selagi sesal masih mencengkam hati
Kerna terleka selama ini
Hingga perangkap memakan diri

Tiba waktunya saat ini
Aku kembali sendiri
Meniti hari hari yang kian sunyi
Mengharap cahaya mungkinkah akan ku temui
Walau pekatnya malam ku suluhi
Tak tercapai hajat tidak ku kesali
Tiada jawapan pasti tiada ku akhiri
Sehelah daya kan ku cari
Hakikat sebuah harga diri



AddThis Social Bookmark Button


Ku Coretkan  

Friday, April 11, 2008

ingin ku coretkan kisah semalam
yang sentiasa memburu sejarah silam
walau hati amat terkilan
walau jiwa amat tertekan
tiadalah sesiapa yang akan faham
jika ku nyata sedalam dalam

AddThis Social Bookmark Button


Rahsia Si Rama Rama  

Saturday, April 5, 2008

AddThis Social Bookmark Button


Salam Untuk Semua  

Tuesday, April 1, 2008


Salam buat semua
walau dimana saja anda berada
singgah saya hanya sebentar cuma
kerna ingin berpergian semula
menyambung kembara
menghilangkan lelah di dada
melapangkan resah yang ada
agar tidak saya terleka

Salam buat semua
tak kira untuk siapa
singgah saya menyampaikan rasa
terkilan masih ada
sedih masih terasa
berhijrah lagi untuk keberapa kalinya
ketempat yang asing pula
yang tiada sesiapa disana
agar tidak lagi terluka

Salam buat semua
pada sahabat ku semua
kembara saya mungkinkan lama
mencari penawar yang entah dimana
walau hingga ke hujung usia
selagi jasad masih bernyawa
tidak sekali berputus asa
walau hingga kehujung dunia
pastikan ada penghujungnya


...ingin aku menulis disini...walau sumbang...aku ingin mencuba...

AddThis Social Bookmark Button


Wahai angin...sampaikan pesan...  

Tuesday, March 11, 2008

Selembut seputih salju
Sehalus wangi sutera ungu
Ku abadikan resah hatiku
Dimaya sepi ini
Agar duka ku berlalu

Wahai angin lalu
Bawalah pesanku bersama bayu mu
Katakan padanya
Aku punya hati
Aku juga punya rasa
Aku masih terluka
Masih terasa mungkin sampai bila bila
Sekali aku melangkah
Hasrat ku tidakkan berubah
Walau pun hampir rebah
Sekali ku berpaling
Tandanya hati ku masih runsing
Hidup terasa asing
Ya...Tuhan
Kurniakanlah pada ku kekuatan Mariam
Agar dapat ku bertahan

Wahai angin malam
Ku ingin bicara dengan mu
Agar hilang rasa resah ku
Dalam diam aku berkata
Walau bicara tiada suara
Kiranya ku berbicara
Tak bermakna aku terleka
Andainya aku suka
Tidak bermakna aku tertawan
Kiranya aku berdiam diri
Tidak bermakna aku membenci
Tika pohon bergoyangan
Kenapa pula tepukan sebelah tangan kedengaran
Adakah ini tanda sandiwara alam
Tampaknya...
Bukti memang nyata...dihadapan mata
Ya...Tuhan...
Pinjamkanlah pada ku kesabaran Siti Khadijah
Agar mampu ku tanggung beban

Dalam senyum ada tangisan
Dalam suka terpendam berduka
Dari jauh mata memandang
Dengan hati penuh sesalan
Salam ku kirim tiada sambutan
Wahai bayu sampaikan pesan
Pada seluruh pelusuk alam
Berikanlah aku jawapan
Walau dengan sekilas pandang
Moga resah hati ku teruskan hilang
Tiada lagi dendam tersimpan

**salam sejahtera untuk semua...

AddThis Social Bookmark Button


...for you...friend..  

Saturday, March 8, 2008

as the years goes by
at this moment
is the time for me to go
leaving this beautiful place
beautiful people
sweet and charming

as the years goes by
the wind blows
taking away my feels
dragging all my sorrow
sweeping clear my sadness
giving me back my pride
as those people took away my heart
splashes my tears
drop me down till the bottom
and I couldn't breath
I cried...for long
looking for tomorrow
with you...people

as the years goes by
I felt calmness
I feel strong...I can smile...
and yet...
at this moment
I have to leave...
for good
being me as before
with joy

AddThis Social Bookmark Button


Tiada  

Thursday, March 6, 2008

nafas ku lemah
tiada upaya

badan ku kaku
tiada berdaya

kelam sudah
pandangan mata

ingin mendengar
tiada suara

ingin ku sisip
tiada rasa

ingin ku harap
pada siapa...

AddThis Social Bookmark Button


...suratan...  

Tuesday, March 4, 2008

walau bukan karangan terbilangan
tidak seindah warkah pujangga impian
namun tetap ku cuba
mencari sebuah keindahan yang terpinggir
dalam senyum aku berduka
dalam menangis aku tertawa
mata merenung hati berkata
sesungguhnya kata kata itu amat berbisa
amat tajam dari mata pedang
yang menghunus terus kebenak hati
mengalirkan darah yang mengalir deras tanpa henti
laungan jerih itu tanpa dapat ditahan
menerima kalimah yang tiada disangka
sedang tiada gelora dalam jiwa
tiada dendam yang nyata
apalah daya...
sudah begini suratan nasibnya

AddThis Social Bookmark Button


Tersirat  

Monday, March 3, 2008

dalam diam aku terpandang
dalam jaga aku terleka
setiap langkah walau tersusun
sumbang yang dalam tidakkan nyata
tiada kata tiadalah suara
gemersik alunan bisikan jiwa
tari berpencak mengikut irama
ku alun lagu seindah rupa

manis kata tiada taranya
sopan tingkah sumbangnya bahasa
lembut wajah tidak hatinya
renungan mata telus sentiasa berbisa
tinta pena mengalun irama
bergetar ria dialam maya
namun...
tiada makna jika tiada berjiwa
menikam hati membawa binasa

AddThis Social Bookmark Button


Syair Itu Ku Lagukan  

Saturday, March 1, 2008


syair itu ku lagukan
ku tulis dengan airmata
serta darah yang mengalir
dari tubuh yang terluka
oleh angkara manusia
yang sering terleka
membunuh sekian rasa

syair itu ku lagukan
kisah semalam yang ku coretkan
dari rasa hati
yang amat mendalam
terkilan bagai tiada akhirnya
tanpa dapat ditelan
walau dihimpun saat yang berlalu
walau beribu hari yang kian melampaui waktu
tiadalah mampu
ku melupakan sandawara itu

syair itu ku lagukan
ku coretkan lagi kisah semalam
yang menghiris hati yang ku pendam
walau beribu tahun lamanya
dendam ku takkan padam
mungkin jua akan ku simpan
bagai kenangan pahit bersama teman
ditaman maya yang diciptakan

AddThis Social Bookmark Button


...mimpi...  

ku doakan kesejahteraan semua
walau aku rasa terhina
walau aku rasa tersiksa
dipinggir sepi aku terlena
mimpi dahsyat ku rasa jua
tiada terdaya mengingatinya

AddThis Social Bookmark Button


Lagu Kasih  

Thursday, February 28, 2008

dalam redup wajah mu
ku pandang ada sendu tangis yang hiba
dalam langkauan langkah sayu mu
ada duka semalam yang belum hilang
tiadalah berakhir kisah semalam
yang masih bermain dihati nan kelam
ku pandang sisa sisa kasih yang hilang
bagai bencana yang datang bertandang

ku tatap seru kasih mu
dalam berlagu aku membisu
seruling kasih disuara nan sunyi
bak irama merindu bertautnya hati
kan adakah lagi gema getarnya
dalam irama dan lagu mendayu sepi
pandanglah malam wahai rembulan
andainya siang kan menjelang
tak kala langit terang disusul awan
kembara kasih mana kan hilang
hingga masa ditelan zaman

AddThis Social Bookmark Button


Seloka Zaman  

Wednesday, February 27, 2008

tiada madah indah seloka
pantun dan lagu irama sayang
walau hati masih terasa
tetap jua aku maafkan
segala salah silap yang datang
menghantui hidup redup yang panjang
tanpa tiada sesal yang hilang

ku kutip madah pujangga zaman
dalam tiada ku kenang kenang
biarpun tangis tanda sesalan
namun masih terpaksa ku telan
walau hanya menjadi bayang
namun ku ingat segala pesan
nasihat serta petua amalan
dari warisan zaman berzaman
tanda ingatan yang berkekalan

AddThis Social Bookmark Button


Tiada ku duga  

Tuesday, February 26, 2008

tiada ku duga
sekejam ini ampunya cerita
tanpa ku sedar
aku dicerca
tanpa ku duga
aku di cela
kata itu amat menyiksa
hati ibu yang telah luka
terhiris jiwa
terguris rasa

AddThis Social Bookmark Button


Sepi Itu Bukan Khayalan...  

Saturday, February 23, 2008


sepi itu bukan khayalan
indah hanya dipinggir lamunan
hadirnya dikala mengingkap bayangan
hilangnya sering dibuai angan
tiada ucapan tersisir impian

Sepi itu bukan khayalan
seindah mimpi kenangan semalam
yang masih terbayang dimalam suram
yang tiada akhir dan kesudahan
berlagu merdu semesta alam
dikala aku lemas menggapai tepian

Sepi itu bukan khayalan
bukan juga angan anganan
yang datang dikotak fikiran
menjelma tika malam menjelang
berlalu dibawa awan
tak kala bayu bertiupan

Sepi itu bukan khayalan
datang dan pergi tinggalkan bayang
hidup dan mati tiada sesalan
tiada ungkitan sepanjang zaman
demi sebuah impian
demi sebuah harapan
agar berakhir sebuah omongan
akan tercipta sebuah keindahan

AddThis Social Bookmark Button


...sedarlah wahai teman...  

Tuesday, February 19, 2008

Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul (Muhammad) dan (juga) janganlah kamu mengkhianati amanat-amanah yang dipercayakan kepadamu, sedang kamu mengetahui.


Dan jika kamu khawatir akan (terjadinya) pengkhianatan dari suatu golongan, maka kembalikanlah perjanjian itu kepada mereka dengan cara yang jujur. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berkhianat.

AddThis Social Bookmark Button


kejam...  

Monday, February 18, 2008

manusia...
kenapa kamu begitu kejam
pada aku engkau hinakan
pada aku engkau lontarkan
bala yang amat menyakitkan...

manusia...
kenapa kamu begitu kejam
kenapa tiada belas kasihan

AddThis Social Bookmark Button


...manusia...  

..kenapa saya jadi seorang yang pemarah dan pendendam...kenapa..kenapa...kerana saya sering disakiti...kerana saya sering dikhianati...ditikam dari belakang kerana kejujuran saya...

...saya tidak pernah menyakiti orang lain...dengan kata lain...tidak pernah menyusahkan orang lain ... akan tetapi manusia terlalu kejam...terlalu kejam...

AddThis Social Bookmark Button


Tiada Kesal...  

Sunday, February 17, 2008

walau aku di hina begini
akan ku cuba teguh berdiri
walau tiada sesiapa disisi
akan ku cuba tetap sendiri
didaerah yang sunyi ini
ditaman indah yang sepi
tiada pernah ku kesali
hingga akhir hayat nanti

AddThis Social Bookmark Button


...jangan...  

Tuesday, February 12, 2008

jangan kemari jika sudah tidak sudi lagi
jangan memerhati jika hati sudah benci
jangan memandang jika hanya ingin menyepi
jangan berkias jika bicara telah mati
jangan berjanji jika tiada amanah dalam diri
jangan sinis jika apa yang diharapkan telah terjadi
jangan memendam jika rasa diri berani
jangan sombong...jangan takbur...kerana Allah sentiasa disisi

AddThis Social Bookmark Button


aku...kini...  

senja yang sunyi
tika aku ingin lari
namun langkah ku terhenti
angin dingin menggigit lagi
tersempuh jua tika peritnya
tiba tanpa disedari
tiada penawar pemulih lagi
melangkau jauh di onak duri
menjangkau tingginya hari
tiadalah bisa itu pergi
dari jasad yang kini
hanya menanti hari
yang bakal diadili

hanya kalimah
yang bisa diungkap
tika suara hati tiada lagi
pandangan kelam kian pergi
meniti gelapnya malam
yang menemani hari yang makin suram
tika airmata deras mengalir
menyambutnya pagi
tak kala berlalunya mimpi

AddThis Social Bookmark Button


Biar pun aku luarbiasa...  

Saturday, February 9, 2008

biar pun aku luarbiasa
mengembara jauh seorang diri
terpinggir aku disudut sepi
tiada ku harap rasa simpati
walau menangis dimalam sunyi
masih ku gagah untuk berdiri

biar pun aku luarbiasa
tinggalkan harta serta keluarga
berkelana disenja kala
namun aku punya cerita
yang tak terhitung jika dikira
yang tak terselam seluas dasarnya
nafas terhenti tiada nyawa
derita aku penawar tiada

biar pun aku luarbiasa
jangan aku terus dihina
jangan aku terus diluka
kerna hidup ku takkan lama
kelak nanti bila ku tiada
lenyap dari dunia yang nyata
bergembiralah...senyumlah
agar puas rasa didada
agar terbalas dendam yang ada
supaya aku terus binasa

biar pun aku luarbiasa
namun aku manusia biasa
punya rasa dan punya cita
walau hanya sementara
tika nyawa masih ada
takkan ku persia masa yang ada
akan ku tanggung semua derita
funny family pernah dikata
ku terima juga seadanya...
tiada kesal didalam jiwa

AddThis Social Bookmark Button


KITAB WARISAN  

Thursday, February 7, 2008

ku kembalikan semula bingkisan lama
kitab warisan zaman berzaman
peninggalan nenda berupa tulisan
terkandung puisi 3 rangkaian
buat puteri gadis impian
bukan menolak segala pemberian
namun hati tidak tertahan
rasa terhina terlalu dalam
terhiris hati tidakkan padam
walau ia sejarah silam

kitab warisan gilang gemilang
dicatat oleh satria pahlawan
tiada gunanya lagi ia disimpan
walau ia warisan terbilang
menambah lagi hati yang rawan
hati berkata mata memandang
suara hilang tiada ucapan

biar ku tatap diari semalam
catatan harian yang telah hilang
jauh sungguh dari pandangan
dalam tangisan pandangan ku kelam
hilang sudah madah tersimpan
bahasa indah yang jadi tatapan

AddThis Social Bookmark Button


Tak Ku Sangka  

Monday, February 4, 2008

sungguh tidak ku sangka
sungguh tidak ku duga
akan begini jadinya
susu yang ku hidang
tuba jua yang kau siram
tiada ikhlas seadanya
dalam persahabatan
dimaya ini rupanya

sungguh tak ku sangka
sungguh tak ku duga
kesopanan yang ditonjolkan
hanya mainan
kata nasihat dan peransang
segala cerita hanya omongan
tiada pernah ku jangka
sifat iblis berupa manusia
yang bersarang dijiwa

sungguh tak ku sangka
sungguh tak ku duga
mainan maya sebegini rupa
indah khabar semata mata
yang berakhir dengan sengketa
yang tiada kan ada akhirnya
sampai bila bila

sungguh tak kusangka
sungguh tak ku duga
pekatnya malam
segelapnya hati mu jua
tidak seputih salju
seperti yang pernah ku ramalkan
ada rasa terkilan yang takkan padam
yang akan menjadi dendam
yang akan aku doakan
sebuah kehancuran
jika tiada keikhlasan
dihati ku yang kian suram
tak kala ku ingat kisah semalam
mahligai indah cuba kau hancurkan
tanpa belas tanpa kasihan

sungguh tidak ku sangka
sungguh tidak ku duga
akibat angkara manusia
yang sentiasa buat ku terhina
yang sentiasa membunuh rasa
namun aku tidak pernah kan lupa
pada segala derita yang pernah ku rasa
kan ada suatu hari dan suata ketika
akan kau terima jua
balasan setimpal dariNya
yang Maha Agung lagi Bijaksana
yang mungkin kau lupa

AddThis Social Bookmark Button


Diari Baru  

Thursday, January 31, 2008


dan apabila sampai tikanya
akan ku mulakan cerita baru
dairi kehidupan seorang ibu
yang getirnya
bagai air sungai mengalir tiada putusnya
demi bahagia sebuah keluarga
demi jayanya sebuah impian

AddThis Social Bookmark Button


Akan Adakah...  

Wednesday, January 30, 2008

akan adakah waktu
sepi seindah semalam
dalam kehidupan
yang bakal dilalui
demi upaya yang kian pudar
mampukah lagi menyiram waktu nan kelam
tiada yang ada bagai sisipan memori senja
suara yang tak kedengaran seakan tersenyum
mengikut langkahnya kaki beralun irama
yang seiring renungan sayu

akan adakah waktu
kala senyum tanpa makna
yang tiada akan wujud selamanya
derai ombak pilu mengalir lesu
tak kala semilir bayu berlalu
membawa pergi sebuah impian
dan harapan
yang menjadi kenangan...

AddThis Social Bookmark Button


Bicara Bulan  

Sunday, January 20, 2008



semalam...
bicara aku bersama bulan
tika sinarnya mencelah awan
tika sendu hati ku rawan...
ku tanya bulan...
"perlukah aku teruskan"
kata bulan..."entah...fikirkanlah"
lalu kutanya lagi pada bulan...
"bagaimana kalau aku merantau lagi"
tapi jawab bulan...
"kenapa perlu pergi lagi?
...telah terlalu lama kamu berpergian
...tidak penatkah kamu
...tak cukupkah apa yang kamu ada"
ku jawab bulan...
"aku masih merajuk lagi
...tiada siapa sayang pada ku
...dan lagi...impian ku masih belum tercapai
...sungguh aku amat lelah"
kata bulan...
"jangan begitu,
...ada lagi yang menyayangi mu...
...tau tak siapa?..."
ku tanya bulan..."siapa?"
kata bulan...
"Allah Yang Satu"

tersentuh aku dalam khayalan
airmata menitis perlahan
amat perit bila ku kenang
sungguh...
tiada yang lain selain DIA
mengingatkan aku pada cinta kasihNYA

AddThis Social Bookmark Button


Sekadar Bisikan  



biarpun sekadar bisikan
hasrat hati yang suci
namun ku tahu kini
keikhlasan dan kejujuran itu
tidak selalu membawa kebaikan
kerna sering disalah ertikan

biarpun sekadar bisikan
rasa hati yang bergetar
sungguh tidak ku duga
begini akhirnya persahabatan
berlalu pergi tanpa pesan

biarpun sekadar bisikan
yang tercurah dalam tulisan
namun masih ku ingat
akan segala pesanan
segala cerita akan ku simpan
dalam hati sebagai kenangan
bagai sebuah lagenda
penipulara seorang insan

biarpun sekadar bisikan
menyampai hasrat hati
namun aku redha
dia takkan kembali
kerna hatinya telah mati
tidak bisa dipujuk lagi

biarpun sekadar bisikan
kudoakan jua kebahagian
dan kesejahteraan untuk mu teman
bagai adik yang sangat ku sayang
kelak nanti bila berteman
khabarkanlah
hantarlah utusan
sebagai tanda sebuah ingatan

AddThis Social Bookmark Button


Maafkan Aku  

Wednesday, January 16, 2008

maafkan aku
mungkin aku yang bersalah
kerana cuba menjadi ikhlas
tanpa sangka ku
ia menjadi punca sengketa
tanpa ku duga
ianya telah lama
masing masing memendam rasa
menahan rasa luka

maafkan aku
kerana berkata kata
kerana aku jua
masing masing tersalah sangka
siapa yang sangka
akan begini jadinya
kerana aku ingin setia
dan tidak mahu berpura pura
ingin berterus terang
dalam semua perkara
namun tidak pula ku duga
ianya sia sia belaka
dan hanya menjadi punca
perang di alam cyber

maafkan aku
untuk ke akhir kali
kerna aku mungkin kan pergi
mengundur diri membawa hati
mungkin berjumpa dilain kali
setelah luka pulih kembali
setelah kembara berlalu pergi
setelah dapat apa dicari
kita bertemu dilain kali

AddThis Social Bookmark Button


Teman Sejati  

aku dipandang sepi
tiada yang sudi lagi
berteman dengan ku disini
sepertinya mereka membawa diri
meninggalkan aku yang sedang sunyi
meratap sedih dikala sendiri

apakah salah ku
apakah dosa ku
dimana silap ku

tidak ku tahu mengapa
mereka menjauh dari ku
merenung ku pun tidak sudi
bertambah hiba hati ini
bertambah luka jiwa ini
ahh...pergilah
jangan pandang pada ku lagi
jangan berpaling pada ku lagi
aku pun tidak sudi lagi
ada baiknya aku menyendiri
agar tidak disakiti lagi

sungguh...aku terasa
kata kata mu amat berbisa
bagai sengaja mencari sengketa
tiada bukti menjadi punca
lalu pergi tanpa kata
ahk...biarlah...pergilah
apalagi yang dapat ku kata
tiada madah hiasan bicara
tiada penawar pengubat jiwa
namun...ingatlah
satu hari nanti
kiranya terbuka hati
untuk mu datang kembali
aku sentiasa menanti
menerima mu seikhlas hati
kerana engkau teman sejati

AddThis Social Bookmark Button


Buat Teman  

Tuesday, January 8, 2008



Dan aku merenung jauh
awan berlalu ditiup bayu
tika mentari mencecah bumi
hangat terasa udara pagi
dan hati bagai ditusuk duri
pergi mu tanpa ku sedari
semakin jauh langkahnya kaki
tiada lagi penghibur hati
tiada tawa penyeri hari

kembali mu tidak ku nanti
pergi mu tidak ku cari
hingga sirna mencelah awan
di kala ombak menghempas pantai
deru angin bertiup lembut
longlai langkah mu berlalu pergi
membawa bersama luka dihati
tanpa dia hidup mu sepi
carilah bahagia bagai diimpi
itulah doa yang ku iringi
moga bahagia ke akhir nanti

kan ada waktu jika kau datang
sapalah aku jangan keberatan
kerna kamu adalah bayang
seorang teman yang sangat ku sayang
bagai anak yang ku kandungkan
kata bicara terlalu sopan
seringkali memberi pandangan
yang sentiasa memberi ilham
tika aku dalam kegelapan
kau beri sinar harapan
amat indah bila ku kenang

AddThis Social Bookmark Button


Ingin Ku  

Monday, January 7, 2008

ingin ku daki puncak yang tinggi
mengikut hela langkah nya kaki
dalam diam aku menyepi
dalam kelam langkah terhenti
ada rasa wujud dalam diri
hanya terlihat dengan matahati
perginya tak kala hilang mentari
mungkin tak kan kembali lagi

ingin ku selam lautan dalam
dilambung ombak sampan ku karam
lemas aku mencari daratan
namun jauh ku pandang suram
tenggelam aku keseorangan
membawa pergi sebuah harapan
ku tinggal pergi segala impian
hasrat hati yang tidak kesampaian

ingin ku tawan seluruh alam
bagai pahlawan gilang gemilang
namun resah luka masih terasa
parut yang tetap ada hanya menutup rasa
hilang mu tiada gantinya
tawa sendamu tiada tandingnya
gurau mu mengubat jiwa
namun aku tidak mampu membalas kata
aku lenyap dalam sengsara

ingin ku terbang mencecah awan
tapi sayap ku tak dapat bertahan
telah ku pandang pelusuk alam
wujud ku seperti tiada
hadir ku ibarat luka
sakitnya tak terlihat oleh mata
jerit ku tiada suara
kedengaran hanya disudut hati
menusuk hati membakar diri
biar ku ikut langkahnya kaki
menitip kenangan sepi
biar ku bawa bersama mimpi
yang kan hilang
tika datangnya pagi

AddThis Social Bookmark Button


Design by Amanda @ Blogger Buster