Malam
Friday, November 30, 2007
malam yang sunyi
aku menangis lagi
mengenang nasib diri
apa sudahnya hidup ini...
malam yang sunyi
aku terkenang lagi
tiada siapa menyapa lagi
aku yang sepi begini
Powered byIP2Location.com
malam yang sunyi
aku menangis lagi
mengenang nasib diri
apa sudahnya hidup ini...
malam yang sunyi
aku terkenang lagi
tiada siapa menyapa lagi
aku yang sepi begini
by ... | 0 comments
aku ingin melangkah pergi
lari mebawa diri
dan jangan pulang lagi
kerna...
tiada siapa yang mengerti
rasa hati ini
tiada siapa yang peduli
gelisah hati ini
aku sering bicara sendiri
mengenang nasib diri
biarlah aku pergi
dan takkan kembali lagi
by ... | 0 comments
semalam aku berjalan
langkah longlai kian padam
mengikut arus perlahan
tanpa rasa segan
kerna aku ingin bertahan
menanti sebuah impian
by ... | 0 comments
jika itu yang tersurat
maka itulah semahunya
jika itu yang tersirat
maka itu juga adanya
tiada yang Esa selain DIA
Kalau itu takdirNya
tiada terubah oleh masa
kalau itu takdirNya
redhalah aku padaNya
tiada kuharap masa berubah
tiada ku harap waktu berganjak
redha jualah aku
menerima seadanya
jalan itu...
jalan yang satu
Kalau datang waktunya
tiada lagi tangguhnya
bersiap sedia seadanya
untuk menemuiNya
dengan rela...
by ... | 0 comments
apabila ku pandang malam
bulan juga menjadi teman
pungguk merayu perlahan
bintang bersinar terang
seakan bersama hatiku yang rawan
yang meratap hilangnya awan
tersentak langkahku
dengan wajah mu yang suram
apabila ku pandang malam
gelora jiwa memanggil mu datang
agar lena ku berteman
dimalam yang kelam
dibawah cahaya bulan
agar hilang tangis ku semalam
apabila ku pandang malam
hati sayu tidak tertahan
mimpi ku tak kesampaian
seperti impian semalam
by ... | 0 comments
jangan aku dihina
kerana aku yang tiada
aku ingin hidup bahagia
ingin keluarga sempurna
doakanlah kami
agar berjaya
jangan aku dipersia
seperti orang tak berguna
yang merempat didunia
jangan aku dihina
kerana aku jua seperti kamu
punya perasaan dan harga diri
nun jauh disana
ku banting tulang
agar tidak meminta
ku tadah tangan
meminta kepadaNya
agar doa ku dimakbulkan
hanya ku pinta pada mu
restuilah kami
seperti yang lainnya
jangan aku dihina
kerana miskin harta
kami bukan meminta
hanya ingin kasih
ingin menumpang sayang
hargailah kami
walau cuma hanya seketika
tika masih bernyawa
kelak nanti tiba waktunya
aku mengadapNya...maka tiada lagi
aku yang hina...
by ... | 0 comments
by ... | 0 comments
...saya lapar
tapi tiada selera
makanan terhidang
tapi tiada terusik
...saya lapar
tapi tiada selera
kepala semakin sakit
hati semakin resah
jiwa semakin kosong
ingin menangis lagi
apa akhirnya
hidup ini
...saya lapar
tapi tiada selera
deria tiada rasa
hati makin hiba
makin lemah jiwa ini
rasa seksa
hidup disini
by ... | 0 comments
hati terluka lagi
rasa ingin menangis
air mata dipinggir
menanti gugur
hati terluka lagi
kerana kata kata
manakan sanggup aku begini
tersiksa jiwa dan raga
sepanjang hayat
tanpa bicara
hati terluka lagi
tiap waktu aku sendiri
tiap waktu aku menyepi
menanti waktu
bilakan tibanya
hari bahagia
by ... | 0 comments
I hate those people
because they're nasty
I hate those people
because they're lazy
I hate those people
because they're lier
they alway do
never they're sincere
I hate those people
by ... | 0 comments
semalam saya penat
kerja macam orang gila
sibuk sentiasa
dan tension tak tahu nak kata
hisshhh...memangnya
saya dah tak tahan
rasa nak blah saja
tapi saya tak daya
entahlah...
tak tahu macamana
by ... | 0 comments
by ... | 0 comments
penat sungguh hari ini
kerja malam semalam
terlalu sibuk hingga kepagi
ahhh...benci sungguh
tak terkata lagi
tapi nak buat macamana
dah terpaksa
kerja kat CCU memang macam tu
kadang kadang rasa menyampah
kadang kadang rasa menyumpah
tak tahu pada siapa nak marah
tapi bukan selalu
cuma masa sibuk yang terlampau
sebab tangan tak terjangkau
penatnya...
by ... | 0 comments